Sabtu, 28 Januari 2017

Simple No Bake OREO CHEESECAKE | KEK KEJU OREO Tanpa Bakar Yang Mudah





(Credit for buatoaranglapo.wordprss)



Hai, abang kek nak cari idea ler, sekarang ni zaman express semua nak mudah dan cepat so apa kata kita cuba buat kek ni. kot-kot jadi, nanti boleh lah ambik tempah kan.




Rabu, 25 Januari 2017

14 cara untuk berjaya didalam bisnes

14 cara untuk berjaya didalam bisnes
14 Cara yang korang lakukan mampu untuk membawa potensi bisnes lebih maju


14 CARA UNTUK BERJAYA DIDALAM BISNES

Abang kek sentiasa hot ni nak share sesuatu kat uolls semua. memang hari ni free, tak buat kek, tak banyak tempah, so, getel-getel jer lah kat sini.


#1  Buat bisnes yang sedang hot didalam pasaran

#2 Sentiasa fokus pada matlamat yang dirancang. INGAT Jangan hilang fokus tau.

#3 Kuasai suara kecil dlm diri anda tu, ermmm!!, memang kadang kala, terkeluar suara biawak tu, "ko tak boleh, tak payah buat, menyusahkan jer. - so korang kena kental hati dan perasaan tau.

#4 Kuasai kepercayaan/keyakinan (tukar sistem kpercayaan kita), Yes za, jagan ko jangan tak yakin pada diri sendiri, sebabnya siapa je lah yang boleh yakin dengan kita kan, kalo sendiri punya bakat tak yakin.

#5 Tukar persekitaran/suasana hidup yg lebih positif - Owhhh, yang ini perlu tau, bangun pagi tolong cas mood korang pada mood positif, jika terasa negatif tolong adjust tau.

#6. Perhatikan dengan siapa kita bergaul/ berkawan - sekarang ni kena cek kat friend list FB korang tu, kalo-kalo ada manusia yang negatif dan korang pulak friend dengan dia. Aiyooo, tolong remove tau, tak guna pown korang berkawan dengan dia.

#7.Konsistens- nak berjaya TAK payah Konsisten, Yupsssss. erk!! tak!!, kalo nak bisnes perlu ada strategi dan strategi tu kena sulam. dengan sikap istiqamah melakukan apa yang tengah buat tu. jangan lompat sana lompat sini. sudah nyer, tersungkur.

#8. Follow sistem 100%, - Yo'o Jer, nop, bagi mereka yang ada perkataan, kononnya ada lah. sebenarnya korang kena delete dan sekarang ni fikirkan strategi mencipta sistem kat dalam bisnes korang tu. so lepas tu, buat dan terus buat tau.

#9. Kuasai ilmu yg khusus - yang ini maksudnya korang perlu kuasai ilmu, ilmu tu merujuk pada bisnes yang korang jalankan lah. kalo abang kek ni, dah tentu tentu nak kena cari bab ilmu membuat kek or kuih bagi mantap, betul kan. LEPAS tu dah pandai buat kek, kena lak cari ilmu memasarkan produk, jadi wow, lu punya cerita and tip memang mengancam beb.

#10 Komitment dgn mentor - Hello siapa yang masih terpinga-pinga nak ada mentor, cepat-cepat stalker orang-orang yang memang terbukti telah berjaya, jangan sampai tersilap pilih uollz.

#11. Tingkatkan nilai diri anda - Owahhh, yang ni macam sama lak macam point 9, tapi lain sikit lah, korang tingkatkan nilai diri maksudnya, apakah personal branding yang korang boleh tunjukkan kepada umum, contoh nya, abang kek adalah pakar membuat kek coklat yang paling hot di Malaysia, wahhhhh!! giler ko, tak mau kalah dan orang akan tau, kamu adalah pakar dalam bidang itew.

#12. Tulis platform/skill tahun ni dan pergi belajar - Nak ilmu sekarang ni, tak usah nak pening kepala, jangan takut tau sebab berlambak ilmu kat luar tu, cuma kita jer yang tersilap dek non, tapi awas yer, jangan terlampau taksub nak kumpul ilmu, sudahnya, korang akan pengsan dengan ilmu-ilmu tu, dan apa pun tak jadi nanti tau.

#13. Siapkan satu2 impian anda, yg dah capai - apa impian anda yang telah anda capai dan pastikan anda mencatatkan nya sebagai menyuntik motivasi untuk anda capai lagi banyak impian.

Dan yang akhir sekali, jeng jeng jeng.

#14. sumbangan (setiap bulan bag sumbangan kepada siapa2 saja walaupun sikit2) - rahsia jutawan adalah selalu meringkakan hartanya dengan bersedakah, jadi jangan risau tau kalo rasa rezeki kurang nanti kalo banyak sedakah, tapi risau jika anda langung tak pernah memberi sumbangan harta benda kepada mereka yang memerlukan.

~abang kek dah kongsi bagaimana nak jadi berjaya dalam bisnes uolls, korang yang guna tips ni confirm boleh jadi kaya raya~

Isnin, 23 Januari 2017

Idea Perniagaan Sampingan By Abang Kek


Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Okay hari ini tak banyak nak cerita, cuma nak share 3 idea yang boleh adik-adik buat jika ingin menampung pendapatan bulanan, kiranya tak banyak tapi boleh lah. kan kan kan.

Khas untuk uolss yang benar-benar rajin dan ada semangat komitmen yang tinggi, insyallah akan jadi idea abang kek ni. ingat tau. Mentor-mentor kita tak boleh menjanjikan bulan dan bintang untuk korang tapi pucuk pangkalnya, koranglah yang kena berusaha.

Tadaaaa. 3 idea bisnes yang ohsem, daripada abang kek.


1. JUAL BARANGAN JAHITAN SENDIRI

Bagi uolss yang berbakat dan ada kebolehan menjahit apa kata uolss menjahit pakaian menjahit manik, menjahit set tilam baby dan segala macam jenis jahitan boleh dibuat untuk menjual hasil daripada jahitan uolls sendiri.

Tokey tukang jahit memang kaya2 woo.
sebab orang kita ni memang suka menempah dari buat sendiri,so ambil peluang ni,saya tak pandai menjahit wuwuwuw... malu


2. JUAL MAKANAN

Makanan memang paling mudahhhhh sangat nak menjual sebab orang kita kat Malaysia ni memang mudah dapat makanan dan senang
nak beli makanan di mana-mana sekalipun dari internet pun boleh beli ,contohnya jual kuih muih kat kawasan rumah, jual makanan bakeri 
seperti roti, kek, muffin, cheeesetart, coklat, dan lelain lagi.


3. JUAL PAKAIAN ATAU TUDUNG

Bisnes ni paling ramaiiii orang buat kan,uolls kene bersaing dengan betul design mesti yang terkini, cantik dengan harga yang berpatutan dan mampu menarik ramai pelanggan membeli dengan kita.

Marketing juga kene mantopp,perlukan modal untuk membeli secara borong untuk dapatkan harga murah, sekarang ni lagi mudah,modal takde pun boleh berniaga dengan dropship!

Tapi nak buat dropship kene pilih peniaga yang betul2 buat ya,jangan tertipu selidik dulu latar belakang peniaga yang nak buat dropship.

Contoh : BUAT DUIT DENGAN DROPSHIP LUMAYAN, jika ada yang nak join team dropship abang kek, jual kek lapis, kek gulung coklat, Mini popiah udang kering dan Batang Buruk dahan Rapuh. Call saya 0182838810

( Kredit: skuaddahan rapuh, Edit by abang Kek)



Idea Perniagaan Sampingan By Abang Kek
Idea Perniagaan yang tidak menganggu masa pekerjaan utama, perlu difikirkan masakini, disebabkan ekonomi yang tertekan.

Sabtu, 21 Januari 2017

Biskut Gery Saluut Malkist yang viral

Alamak lewatnyer abang kek ni. orang sosial media dah heboh perkatakan pasal biskut yang viral ni. tapi abang kek baru tau.Nampak sanagt manusia remaja purba.  herm!!,  memang menggila lah, tengok macam sedop jer kan.

aikk, nak kena dapatkan ni, memang kaw kaw, kalo makan-makan time tengok tv. wahhhh lagi seronok kalo uollz makan sama-sama dengan kek lapis abang kek tau memang lagi ohsem.

Okay lah, nak kredit sikit kat blog abang mahmu tu, klik (disini) gara-gara artikel daripada blog dia ler, abang kek terus gelenyah nah tulis pasal biskut gery tu. upss tak mau tulis lebih-lebih lah, sebab abang kek tak rasa lagi pown, biskut tu, tapi nak interframe lah sikit dik, lepas tu nanti ingat nak sangat plus dengan kek abang tu. boleh ke idak, boleh ke idak.

Biskut Gery Saluut Malkist yang viral

Biskut Gery Saluut Malkist yang viral

Biskut Gery Saluut Malkist yang viral

Biskut Gery Saluut Malkist yang viral

Ahad, 15 Januari 2017

Salam Perkenalan daripada Abang Kek

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Terlebih dahulu abang kek nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke teratak online abang kek ni. @abangkek.blogspot.my. 

Bagi memudahkan adik-adik semua mengetahui apakah sebenarnya yang abang kek tawarkan kepada anda semua. blog ini khas untuk anda, harapan dari tulus hati yang ikhlas ni, abang kek mohon teratak online ini disebar-sebarkan biar jadi viral, herm!!!, viral benda yang baik erk!. Memang agak pelik rasanyakan, tapi biasalah pemasaran tak pernah padam dengan istilah pelik okay.

Abang kek telah lama sebenarnya berkecipung dalam dunia bisnes, permulaan bisnes abang kek adalah di warung kopi kepunyaan bapa saudara, di Lorong Parit Buaya, Sg Abong Muar, kenangan pahit dan manis memang ada, pada sibuk belajar waktu pagi, pulang jer daripada sesi persekolahan, waktu petang abang kek habiskan masa ke warong kopi tersebut bagi membantu bapa saudara. kebiasaanya, waktu petang ni memang masa utk pakcik-pakcik melapak, maka target custmer ketika itu adalah daripada golongan yang dah pencen, jadi nak bancuh kopi pun kena faham yer adik-adik. time tu tak leh nak manis-manis sangat, faham-faham jer lah yunk. Time tu pun abang kek asik ponteng Ko-kurikulum, gara-gara nak cari duit + belajar berniaga.😏😏

Sambungan cerita, perniagaan tolong-menolong ni tak lah lama, sebab, biasalah, mak-mak kita ni memang tak setuju kalo time-time belajar ni gatal-gatal tanggan nak cari duit sendiri. #bagi abangkek, sekarang ni dengan keadaan yang tak menentu kekosongan jawatan. memang perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan wang yang berkat lagi suci. so, jika tidak mempengaruhi masa belajar, bagi abangkek, silakan lah. erkkkk!! nanti dulu. kalo adik-adik yang sedang belajar dan nak belajar cara berniaga dengan zero kos tanpa mempengaruhi masa anda. boleh wasapp abang kek yer. kami buka dropship ini untuk semua. 0182838810. okay, abang kek terpaksa kena stop hajat nak belajar berniaga dan mencari duit untuk fokus pada SPM, time abang kek ambik SPM memang agak kalut sikit, tak macam sekarang adik-adik boleh fokus dengan cara teknologi, secara jer semua ada. almaklumlah, semua dah pakai smart phone, study pown lagi smart kan.

Nak dipendekkan cerita, abang kek ni memang dah lama, berniaga, kiranyanya banyak dah pengalaman berniaga, nanti kalo ada kesempatan nak menaip, abang kek nak share pasal berniaga kat pasar malam, lepas tu berniaga nasik lemak pagi ditepi jalan sampailah abang kek tetiba pulak join venture jadi pemasaran kek di Malaysia ni. Alhamdulilah semoga projek abang kek ni akan terus maju dan berjaya mendapat keuntungan yang diingini dan yang pasti abang kek nanti boleh lah berkongsi dengan mereka-mereka yang nak belajar berniagaan ni. ingat tau trademark abang kek. "Kongsi Keenakkannya".