Ahad, 15 Januari 2017

Salam Perkenalan daripada Abang Kek

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Terlebih dahulu abang kek nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke teratak online abang kek ni. @abangkek.blogspot.my. 

Bagi memudahkan adik-adik semua mengetahui apakah sebenarnya yang abang kek tawarkan kepada anda semua. blog ini khas untuk anda, harapan dari tulus hati yang ikhlas ni, abang kek mohon teratak online ini disebar-sebarkan biar jadi viral, herm!!!, viral benda yang baik erk!. Memang agak pelik rasanyakan, tapi biasalah pemasaran tak pernah padam dengan istilah pelik okay.

Abang kek telah lama sebenarnya berkecipung dalam dunia bisnes, permulaan bisnes abang kek adalah di warung kopi kepunyaan bapa saudara, di Lorong Parit Buaya, Sg Abong Muar, kenangan pahit dan manis memang ada, pada sibuk belajar waktu pagi, pulang jer daripada sesi persekolahan, waktu petang abang kek habiskan masa ke warong kopi tersebut bagi membantu bapa saudara. kebiasaanya, waktu petang ni memang masa utk pakcik-pakcik melapak, maka target custmer ketika itu adalah daripada golongan yang dah pencen, jadi nak bancuh kopi pun kena faham yer adik-adik. time tu tak leh nak manis-manis sangat, faham-faham jer lah yunk. Time tu pun abang kek asik ponteng Ko-kurikulum, gara-gara nak cari duit + belajar berniaga.😏😏

Sambungan cerita, perniagaan tolong-menolong ni tak lah lama, sebab, biasalah, mak-mak kita ni memang tak setuju kalo time-time belajar ni gatal-gatal tanggan nak cari duit sendiri. #bagi abangkek, sekarang ni dengan keadaan yang tak menentu kekosongan jawatan. memang perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan wang yang berkat lagi suci. so, jika tidak mempengaruhi masa belajar, bagi abangkek, silakan lah. erkkkk!! nanti dulu. kalo adik-adik yang sedang belajar dan nak belajar cara berniaga dengan zero kos tanpa mempengaruhi masa anda. boleh wasapp abang kek yer. kami buka dropship ini untuk semua. 0182838810. okay, abang kek terpaksa kena stop hajat nak belajar berniaga dan mencari duit untuk fokus pada SPM, time abang kek ambik SPM memang agak kalut sikit, tak macam sekarang adik-adik boleh fokus dengan cara teknologi, secara jer semua ada. almaklumlah, semua dah pakai smart phone, study pown lagi smart kan.

Nak dipendekkan cerita, abang kek ni memang dah lama, berniaga, kiranyanya banyak dah pengalaman berniaga, nanti kalo ada kesempatan nak menaip, abang kek nak share pasal berniaga kat pasar malam, lepas tu berniaga nasik lemak pagi ditepi jalan sampailah abang kek tetiba pulak join venture jadi pemasaran kek di Malaysia ni. Alhamdulilah semoga projek abang kek ni akan terus maju dan berjaya mendapat keuntungan yang diingini dan yang pasti abang kek nanti boleh lah berkongsi dengan mereka-mereka yang nak belajar berniagaan ni. ingat tau trademark abang kek. "Kongsi Keenakkannya".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan